Bazar Ramadan sememangnya sering menjadi tumpuan orang ramai sekiranya tidak berkelapangan untuk memasak juadah berbuka puasa.
Berkongsikan pengalamannya berkunjung ke sebuah bazar baru-baru ini, pelakon Zulin Aziz ada memuat naik ciapan di laman Twitter menegur sikap peniaga nasih lemak yang bertindak biadap ke atas pembeli yang kurang berkemampuan.
Menerusi ciapan tersebut, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata pelanggan tersebut mahu membeli lauk bernilai RM3 tetapi peniaga berkeras yang gerainya hanya menjual set juadah RM5.
“Tadi pergi bazar, ada pakcik ni nak beli lauk RM3. Tapi penjual tu kata dia jual RM5 je.
“Pakcik tu cakap dia nak beli sedikit sahaja sebab untuk sekali makan.
“Peniaga yang masih muda itu berkata dekat pakcik itu, ‘sebab pakcik beratur lama je saya bagi lauk ni’,” kongsi Zulin.
Merasa kesal dengan tindakan peniaga itu, Zulin berkata tidak akan jatuh miskin peniaga tersebut sekiranya dia cuba untuk mengikuti permintaan pelanggan tersebut.
“Kepada peniaga itu, tak miskin pun kalau bagi pakcik tu beli. Mungkin itu je yang dia mampu. Tak perlu kot cakap macam tu.
“Dia (pelanggan) dengan kasut kerja kontrak tu datang beli makanan.. masa dia minta plastik kau siap merungut lagi.
“Berapa sen sangat plastik tu! Tangan dia penuh dengan barang. Sombong betul!!!
“Orang cari pahala, kau rugi sebab buat macam itu pada orang tua pula tu,” tulis Zulin lagi.
Berikutan apa yang berlaku di depan matanya itu, Zulin berkata dia nekad tidak akan lagi membeli di gerai tersebut meskipun mengakui masakan penjual itu sedap.
“Kalau aku jadi kau.. orang nak beli 50 sen pun aku bagi je. Tak tergamak aku sound orang tak mampu.
“Aku tak (nak) dah beli nasi lemak kat dia.. sedap pun kalau tiada adab macam tu, kau tak payah meniaga, kau makan je sendiri,” luah Zulin lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI