Meskipun sudah hampir sembilan tahun mengatur perjalanan sebagai anak seni, penyanyi, Zynakal tidak kisah bila ada pihak yang melabelnya artis suam-suam kuku.
Zynakal sebaliknya melihat perkara tersebut daripada sudut positif di mana dia kini bebas berkarya tanpa tekanan daripada orang-orang di sekeliling.
“Sepanjang hampir sembilan tahun berada dalam industri, macam-macam perkara saya sudah lalui. Saya sedar posisi saya sekarang. Kalau bercakap fasal Zynakal, orang mungkin tahu tapi mereka jarang nampak saya.
“Ada yang kata saya ini artis suam-suam tapi saya selesa dilabel sebegitu. Saya selesa dapat hidup dengan cara saya sendiri. Pada masa sama, saya sibuk dengan kerja-kerja muzik.
“Saya suka bila keadaan tidak terlalu havoc tapi kerja tetap berjalan. Saya rasa lebih lapang. Dulu memang saya terkapai-kapai. Orang tak tahu saya buat lagu. Kini, orang sudah tahu kebolehan saya,” katanya kepada MH.
Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli berkata sedemikian ketika majlis sidang media dan pelancaran lagu runut bunyi bagi filem Dajal, baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, dia tidak akan sesekali mencipta gimik atau kontroversi murahan hanya untuk menaikkan namanya.
“Ada kontroversi yang sengaja dibuat-buat dan ada yang berlaku secara natural. Jika anda tanya saya, saya lebih suka kontroversi yang berlaku secara natural dan beri impak yang baik.
“Perkara yang nyata ini lebih seronok. Melalui pengalaman saya sebelum ini, sewaktu saya buat lagu Sakit, kontroversi yang tercetus kekal sehingga hari ini. Ia berdasarkan kisah yang betul. Cerita fasal sakit yang saya alami.
Ads
“Saya lebih suka kontroversi sebegitu daripada yang dirancang,” ujarnya lagi.
Zynakal Bakal Lancar Album Sulung
Pada masa sama, Zynakal akui teruja apabila bakal melancarkan album sulungnya tidak lama lagi.
Ads
“Saya bakal melancarkan album pada tahun ini. Progresnya sudah mencapai 90 peratus. Proses rakaman pun sudah selesai. Berkemungkinan ia bakal dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.
“Album ini akan memuatkan 10 buah lagu. Sembilan buah lagu diciptakan sepenuhnya oleh saya sendiri dan sebuah lagu lagi saya bekerjasama dengan Faithful Music,” akhirinya.
Terdahulu, Zynakal diberikan kepercayaan untuk mencipta lagu runut bunyi bagi filem Dajal yang berjudul Di Kala Malam.
Filem Dajal yang diarahkan oleh Pierre Andre ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Februari depan.
Filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir dan Hanna Halim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah hampir 30 tahun berada dalam industri seni, niat untuk menyanyikan lagu bergenre ketuhanan akhirnya tercapai buat vokalis kumpulan Umbrella, Zarul.
Tampil dengan single Syuhud Qalbu nyanyian bersama ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 49, berkata dia tidak menunggu lama untuk menyatakan persetujuan untuk kolaborasi tersebut.
“Memang sejak dahulu lagi saya mengimpikan sebuah karya berbentuk kerohanian bersempena dengan bulan Ramadan.Dah lama sangat saya teringin sebenarnya.
“Setiap hari saya berdoa kepada Allah agar diberi rezeki yang tidak disangka-sangka dan Allah maha mendengar doa hambaNya.
“Akhirnya saya dihubungi Fitri Haris yang mengajak saya untuk berdeut dalam sebuah lagu dengannya,” katannya.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka itu berharap Syuhud Qalbu bukanlah lagu kerohanian pertama dan terakhir yang dinyanyikannya, sebaliknya berharap akan mendapat lebih banyak tawaran untuk menyanyikan lagu-lagu bergenre sedemikian.
“Saya fikir bila kita keluarkan lagu cinta sahaja, kita tukar lagu itu kepada cinta kepada Allah.
“Saya juga berharap selepas Syuhud Qalbu saya akan dapat lagi peluang untuk menyanyikan lagi lagu-lagu bergenre kerohanian selepas ini,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Zarul memulakan karier seni sebagai vokalis kumpulan Umbrella pada tahun 1994 sebelum ‘berehat’ sebentar selepas bergelar pramugara Malaysia Airline System (MAS).
Pada tahun 2016, Zarul kembali membuat ‘comeback’ menerusi program nyanyian Gegar Vaganza dan dia berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Falyq Hikyle memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 2.10 pagi, hari ini.
Panyampai radio Sinar itu meluahkan rasa syukur kerana segala urusan isterinya saat melahirkan telah dipermudahkan meski harus bertarung nyawa di dalam bilik bersalin hampir 14 jam.
“Allahuakbar. Subhanallah. Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, sebentar tadi. Sabtu, 12/9/20, 2.10 pagi.
“Terima kasih sayang. Awak sangat hebat. 14 jam awak bertarung nyawa seorang diri dalam labour room untuk melahirkan zuriat kita.
“Power gilaa. Terima kasih juga untuk anda yang sentiasa doakan Lala & baby S.
“Semoga doa yang baik-baik itu di kembalikan kepada anda semula. Amin.
Dalam pada itu, Falyq turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan isteri serta anaknya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Falyq dan juga isteri.
Terdahulu, Falyq telah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang juga merupakan anak tiri kepada pelakon, Zarina Zainuddin iaitu Nabilla Raihan pada tanggal 14 Disember 2019.
Sumber: Instagram Falyq Hikyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena dengan sambutan Hari Bapa hari ini, ramai selebriti berkongsi moment indah serta memuat naik ucapan khas buat mereka yang bergelar bapa di media sosial.
Tidak terkecuali selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang turut menitipkan nukilan kata buat Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.
BCL menerusi Instagram memuat naik video arwah Ashraf yang sedang bergurau bersama anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair.
Posting berkenaan nyata menerima perhatian ramai dan sehingga kini, video pendek itu sudah pun ditonton lebih dua juta kali.
“Happy Father’s day. Terima kasih telah memberikan banyak sekali tawa dan kebahagiaan untuk Noah.
“Terima kasih telah mengajarkan Noah tentang kehidupan. Terima kasih telah mengajarkan Noah untuk mencintai dirinya, memaafkan dirinya sendiri bila salah, dan belajar dari kesalahan itu.
“Thank you for teaching him how to be a man.. U will forever be Noah’s hero,” tulisnya sebagai kapsyen.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.